afif's FotoPage

By: afif hakimi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Monday, 27-Jul-2009 08:26 Email | Share | | Bookmark
Kebahagiaan Yang Perlu Dicari..

 
 
 
View all 9 photos...
Dalam kesibukan kita seharian, yg selalunya bersifat duniawi, sekali sekala kita perlukan sedikit masa yg berkualiti untuk bersama keluarga tercinta. Saya akui, tiada alasan untuk kita tidak bahagia hidup di dunia ni. Cuma kena dengan caranya.. Luangkan sedikit masa bersama mereka. Perhatian yg mereka pinta. Duit insyaallah boleh dicari, tapi bahagia??


Sunday, 26-Jul-2009 06:25 Email | Share | | Bookmark
Beristirehat di Tiara Beach Resort

 
 
 
View all 15 photos...
Alhamdulillah, semua berjalan seperti dirancang. Niat asalnya nak bercuti agak panjang sebelum puasa & ibu sarat mengandung. Perancangan awal ke pulau Redang.. Tapi memandangkan masa yang ada, terpaksa batalkan niat. So akhirnya hanya bercuti di PD je.. Kebetulan si ayah ada kursus di sana.

Bukan main gembira lagi si hakim dapat berenang. Lagaknya macam org besar. Risau juga ibu ngan ayah dibuatnya. Mana taknya, boleh dia buka pelampung, x mau pakai.. habislah tenggelam, awak tu kecil lagi.. Tapi bila nampak dia seronok, kita pun jadi seronok. Sikit bulan lagi bila dah besar, hha bolehlah dia main semua mainan yg ada tu ye )


Saturday, 28-Mar-2009 08:55 Email | Share | | Bookmark
Hajat Yang Tertunai...

 
 
 
View all 9 photos...
Alhamdulillah..

Akhirnya hajat si ibu untuk bawa hakim ke zoo tertunai.. Kami ke Zoo Melaka, then terus balik ke kg Nenek di Melaka..


Sunday, 22-Mar-2009 03:23 Email | Share | | Bookmark
Mencipta hobi baru..

posing..
hakim dan ayah
hakim dan ibu..
View all 9 photos...
Lepas ada rumah sendiri ni, baru bersemangat rasa nak bercucuk tanam. so semalam pegi lah mencari nursery yg berdekatan.. OTW ke semenyih tetiba kat tepi higway ternampak ada 1 nursery.. tp dah terlajak so teruskan jelah perjalanan ke semenyih..

First kedai kami masuk rupanya kedai bonsai.. hmm x de maknanya menanam bonsai.. so teruskan ke 1 lg kedai.. hmm pokok2 semua hidup segan mati x mau.. x selera nak tengok, dengan tiada layanannya.. So kami berbincang utk pegi kedai yg mula2 nampak td.. dekat je pun dengan rumah..

Sampai je tempat tu, rs waaa... bestnya tempat.. x salah kami pegi.. bersemangat je rasa.. harga pun berbaloi.. inilah pengalaman pertama memilih pokok bunga dan sayur.. semoga akan menjadi hobi kami drpd merapu tak tentu hala.. ada juga hasilnya..

so sapa2 suka bercucuk taman silalah berkunjung ke sini.. mmg ok.. tapak ni jabatan pertanian punya.. semua peniaga melayu..Nama tempat ni Pusat Flora Cheras.. silalah berkunjung..




http://202.190.126.84/utusan/info.asp?y=2008&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm


Tuesday, 17-Mar-2009 07:32 Email | Share | | Bookmark

 
 
 


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net